PENGHIBUR DI KALA SEPI


MASIH ADA WAKTU...

SELAGI ADA WAKTU
SELAGI BERKESEMPATAN
SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN

Friday, July 30, 2010

CINTA SEORANG PEMUDA...

UNTUK RENUNGAN BERSAMA....
  • Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul.... sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup sampai bila2.. takut nanti dibakar dek api neraka, di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya... solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ' dating ' dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik & berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala... Syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya,' Apa ubatnya, bang?' Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa.. semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok dia selalu pesan macam2, "makan,minum, jaga diri, pandu kereta elok2.. nanti awak sakit saya juga yang susah hati... bla bla bla bla..." Tapi bila tengok wayang sama2, terlepas Asar & Maghrib begitu saja, dia tidak kata apa pun... Aduuuh... berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia & berkasih-sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami... Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin....

No comments:

Post a Comment